Rata-rata pengundi DUN Selising menolak pelantikan semula ADUN Selising YB Drs Saiful Bahrin sebagai calon DUN Selising bagi PRU-13 oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Pengumuman tersebut talah dibuat baru-baru ini semasa majlis pecah tanah Stadium Bukit Merbau bertujuan untuk membersihkan nama Saiful Bahrin daripada tuduhan zina. Para penyokong PAS Selising tidak dapat menerima kenyataan tersebut, bagi mereka sekiranya nama baik Saiful Bahrin hendak dibersihkan ia sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Biarlah mahkamah yang menentukan siapa bersalah siapa tidak. Adakah Tok Guru layak untuk mempastikan Saiful Bahrin tidak bersalah?
Pengundi DUN Selising sebenarnya rasa malu dan hina ber ADUNkan orang seperti Saiful walaupun kesalahannya tidak disahkan. Bagi mereka mengapa harus orang seperti ini dikekalkan, apakah jasanya begitu besar kepada PAS sehingga mesti dilantik semula. Bagi PAS Selising sendiri sebenarnya begitu susah untuk menjaga maruah PAS yang memperjuangkan Islam sedangkan pemimpinya dipalit tuduhan zina.
Apakah PAS sudah ketandusan pemimpin sehingga masih mempertahankan Saiful Bahrin, di mana sebenarnya perjuangan PAS untuk menegakkan Islam. Mangapa Saiful mesti dilantik semula sedangkan beliau bukanlah berpendidikan agama (bukan ustaz). Adakah tiada calon lain yang lebih layak dan tahu agama untuk dilantik bagi menegakkan Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat.
Sebenarnya bukan kes zina sahaja yang menjadikan pengundi DUN Selising tidak mahukan Saiful Bahrin tetapi banyak lagi kes lain selain sikapnya sendiri yang tidak mesra dengan pengundi. Oleh hal yang demikian pengundu DUN Selising memohon agar Tok Guru menilai semula apa yang diumumkan di Bukit Merbau tempoh hari.
No comments:
Post a Comment