Saturday, April 6, 2013

TOK GURU NIK AZIZ PERLU BALAS BUDI PENGUNDI DUN SELISING

YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu membalas budi pengundi PAS Selising dengan melantik bakal calon bagi PRU-13 mengikut kehendak pengundi. Pengumuman yang dibuat oleh Nik Aziz baru-baru ini untuk melantik semula YB Saiful Bahrin sebagai calon PAS Selising menimbulkan kemarahan pengundi. Pengundi Selising menolak Saiful Bahrin bukanlah disebabkan isu tuduhan zina tetapi sikap Saiful Bahrin sendiri yang tidak mesra pengundi dak tidak turun padang. Orang PAS memang tidak terpengaruh dengan dakwaan UMNO/BN bahawa Saiful Bahrin terlibat dengan kes zina, jadi tak perlulah Tok Guru melantik semula beliau sekadar untuk membersihkan namanya. Sebagaimana Surah An-Nur, Nabi Muhammad sendiri tidak berani menyatakan isterinya Aisyah tidak bersalah sehinggalah turunya wahyu yang mengatakan isteri baginda tidak bersalah. Jadi dalam hal ini jika Tok Guru tetap mahukan Saiful Bahrin beliau tidak layak untuk mengatakan Saiful Bahrin tidak bersalah. Apa yang dipesan dalam Surah An-Nur ialah tidak boleh membesarkan isu zina atau seumpamanya yang boleh mengaibkan seseorang kerana siksanya amat pedih bagi orang berbuat demikian.
Apa yang ingin diperkatakan mengenai Tok Guru perlu membalas jasa pengundi Selising ialah dengan memberi pilihan kepada pengundi untuk menjadi calon mereka melalui pemilihan di peringkat cawangan atau kawasan. Apa yang terjadi ialah pucuk pimpinan yang melantik calon  kemudian memaksa pengundi untuk menyokongnya dengan alasan untuk menegakkan Islam. Memang betul perjuangan PAS untuk menegakkan Islam dan rakyat perlu menyokongnya. Namun demikian apa salahnya melantik calon pilihan rakyat. Apatah lagi Saiful Bahrin bukanlah berpendidikan agama, beliau bersekolah di SMK Bukit Jawa dan melanjutkan pelajaran di Indonesia.
Sudah tiga penggal Saiful Bahrin menjadi calon Selising, rakyat sudah muak dan loya bila mendengar namanya. Berapa patah ayat Al-Quran dan berapa potong hadis yang Saiful Bahrin ingat, jadi bagaimana nak mengembangkan Islam. Sudah tidak adakah calon lain yang layak, yang disegani, yang berpendidikan dan yang paling penting berpendidikan agama untuk dilantik menjadi calon PAS Selising selaras dengan perjuangan PAS untuk menegakkan Islam sehingga masih mahu melantik calon yang terpalit dengan kes tuduhan zina. Bak kata bukan pepatah " Sejauh mana bagusnya peraturan jalan raya tetapi pemandu tidak mematuhi peraturan tidak ada gunanya ". Begitulah halnya dengan PAS, sejauh mana baiknya perjuangan PAS tetapi jika pemimpinnya tidak baik maka tidak ada maknanya. Oleh itu pilihlah calon yang betul-betul layak.
Hargailah pengundi kerana pengundi Selising sudah lama rasa malu dengan tuduhan yang dilemparkan ke atas wakil rakyat mereka. Carilah dan lantiklah calon yang boleh membangakan pengundi yang tidak ada kes untuk dimanipulasi oleh musuh.

No comments:

Post a Comment