Apabila anda taip saja kata kunci 'adun selising' di enjin carian maka akan keluarlah senarai laman web/blog yang menceritakan tentang adun selising ini. Apa yang menyedihkan ialah cerita yang keluar adalah mengenai kes zina adun selising. Sama ada betul atau tidak bukannya menjadi persoalan tetapi kes ini sebenarnya telah menconteng arang di muka Pas Selising. Kes ini telah menjadi isu dan bahan politik pihak lawan iaitu UMNO. Oleh hal yang demikian adalah wajar Pas Selising menolak Drs Saiful Bahrin untuk menjadi calon PAS dalam pilihanraya akan datang kerana dengan mencalonkan beliau bermakna Pas Selising terpaksa memikul beban yang berat iaitu terpaksa ceramah ke sana- ke sini bagi menerangkan Drs Saiful tidak bersalah padahal banyak perkara lain lagi yang perlu diberi perhatian oleh Pas apatah lagi Pas yang berpegang kepada prinsip Islam. Atas kesedaran ini Pas perlu memilih calon yang sesuai bagi memenangi hati rakyat serta amanah Allah untuk menegakkan Islam sebagaimana yang sering dilaungkan selama ini.
Paparan di atas merupakan satu contoh kepada masyarakat Dun Selising untuk menyampaikan teguran, hasrat, ketidakadilan, rayuan dan sebagainya yang akan disiarkan menerusi blog ini. Kerjasama tuan-puan amat dialu-alukan bagi memenuhi hak kita sebagai pemilih. Pilih yang betul-betul, jangan salah pilih kerana kita jualah yang akan menerima akibatnya nanti. Sekian dulu buat kali ini, isnyaAllah kita akan jumpa lagi dengan isu-isu yang lain pula. Banyak lagiiiii..... Sila ikuti perkembangan seterusnya, selalulah kunjungi blog ini.
No comments:
Post a Comment