Seluruh penyokong PAS Kelantan menolak Saiful Bahrin sebagai salah seorang calon Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kenyataan di atas adalah benar berdasarkan situasi semasa pengumuman calon-calon PAS pada PRU13 kali ini. Setiap calon yang diumum namanya pada malam tersebut mendapat laungan takbir "Allahuakbar" daripada penyokong yang datang pada malam tersebut. Satu demi satu calon yang diumum mendapat sokongan daripada penyokong PAS tetapi apabila nama Saiful Bahrin diumumkan sebagai calon DUN Selising tidak ada satu orang pun daripada beribu-ribu orang yang hadir pada malam itu malaungkan takbir "Allahuakbar".
Keadaan yang terjadi pada malam tersebut jelas menunjukkan bukan saja penyokong PAS Selising menolak Saiful Bahrin malah seluruh rakyat negeri Kelantan. Semua penyokong PAS faham bahawa calon yang bermasalah dan terpalit dengan tuduhan zina ini akan merugikan PAS. Sama ada benar atau tidak isu tersebut sedikit sebanyak ia mencemarkan imej PAS yang berjuang menegakkan Islam. Bukan isu ini saja yang menyebabkan penyokong PAS menolak beliau tetapi sikapnya yang sombong, angkuh, tidak mesra dengan rakyat, dan banyak lagi menyebabkan penyokong PAS Selising menolak beliau.
Penyokong PAS Selising sudah tidak boleh menerima Saiful Bahrin bukan saja kerana sikapnya dan tiduhan zina yang beliau hadapi. Tetapi sekarang kerana sudah ada calon lain yang diharapkan oleh penyokong yang mempunyai sikap yang lebih baik, berpendidikan agama dan akademik. Lain dengan dulu semasa Saiful Bahrin ditonjolkan PAS tidak ada tokoh yang ada seperti sekarang. Jadi penyokong mempersoalkan kenapa Saiful Bahrin masih dikekalkan sedangkan sudah tiga penggal beliau menjadi ADUN Selising tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh penduduk Selising.
Harrah's Casino - Hendon Mob Casino, Tunica - JTM
ReplyDeleteVisit the 구리 출장샵 Harrah's Casino 김제 출장마사지 Tunica 통영 출장샵 page to explore the entertainment, 창원 출장샵 dining, and 정읍 출장샵 nightlife experience at Harrah's Casino Tunica, Mississippi.