Friday, April 5, 2013
STADIUM BUKIT MERBAU BAKAL TERBENGKALAI JIKA SAIFUL BAHRIN JADI YB SELISING
Besar kemungkinan stadium yang diidam-idamkan iaitu Stadium Bukit Merbau terbengkalai jika Saiful Bahrin diberi mandat lagi sebagai YB Selising. Kenyataan tersebut adalah berdasarkan pengalaman sebelum ini iaitu janji untuk membina semula Maahad Tahfiz Tualang Tinggi yang terbakar pada 22 Oktober 2007. Pada pilihanraya umum yang ke-12 tahun 2008 lepas YAB Tok Guru Nik Aziz telah datang ke Tualang Tinggi untuk membuat pecah tanah bagi pembinaan semula maahad tahfiz yang terbakar, namun sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa yang kelihatan pada tapak tersebut malainkan hutan yang semakin meninggi. Keadaan yang demikian terjadi kerana tidak ada tindakan susulan daripada YB Saiful Bahrin sehinggalah tiba pula pilihanraya umum ke-13. Kejadian ini jelas menunjukkan kegagalan Saiful Bahrin menerajui kepimpinann PAS Selising.
Mungkin keadaan yang sedemikian juga terjadi pada stadium Bukit Merbau. Apa yang dibuat oleh Saiful Bahrin sepanjang perkhidmatannya menjadi adun Selising selama tiga penggal. Oleh hal yang demikian pengundi-pengundi Selising menolak sama sekali pelantikan semula Saiful Bahrin sebagai calon YB Selising bagi PRU-13.
Gambar MaahadTahfiz Tualang Tinggi yang terbakar. Cerita lanjut di http://asubja.wordpress.com/category/foto/kebakaran-maahad-tahfiz/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment