Gambar calon PAS DUN Selising DRs Saiful Bahrin tak boleh
ditonjolkan untuk menghadapi PRU13 memandangkan ramai penyokong PAS tidak
menerimanya. Bagi mengurankan rasa tidak puas hati pengundi PAS Selising,
eloklah gambar Saiful Bahrin tidak ditayang pada mana-mana iklan kempen parti
nanti. Dengan berbuat demikian rasa marah pengundi atas pelantikan semula
Saiful Bahrin dapat diredakan. Keadaan ini penting bagi menjamin kemenangan PAS
dalam PRU-13 Mei nanti. Petugas-petugas PAS akan merasa mereka bekerja bukan
untuk Saiful Bahrin tetapi untuk mempertahankan Islam dengan tiadanya gambar
Saiful Bahrin begitu juga dengan pengundi.
Pelantikan semula Saiful Bahrin merupakan kekalahan awal
penyokong PAS Selising yang sudah lama berharap agar wakil rakyat mereka
diganti baru dengan orang yang lebih baik iaitu tidak ada terpalit dengan mana-mana kes dengan kata lain
calon yang bersih. Adakah PAS sudah ketandusan calon, tidak adakah calon yang
lebih berpandidikan dan beragama untuk diketengahkan. Seandainya benar Saiful
Bahrin kekal di Selising apakah perubahan yang akan dibawa? Pada pandangan saya
jika Saiful Bahrin masih kekal, PAS Selising hanya macam itu sahajalah tidak
ada apa-apa perubahan dan pembaharuan.
No comments:
Post a Comment