Sunday, April 28, 2013

5 MEI MASA UNTUK MENDIDIK PEMIMPIN



ASSALAMUALAIKUM WBT, PARA PENGUNDI YANG DIKASIHI. LUANGKANLAH SEDIKIT MASA UNTUK MEMBACA RISALAH INI SAMPAI HABIS SEBELUM MEMBUANGNYA. SEBAGAIMANA YANG KITA SEMUA TAHU BAHAWA 5 MEI INI MERUPAKAN TARIKH PRU-13. INILAH MASA YANG PALING SESUAI UNTUK PENGUNDI MEMBUAT PILIHAN, MENYAMPAIKAN HASRAT DAN MENDIDIK  PEMIMPIN. KITA SEBAGAI PENGUNDI ADALAH BEBAS MEMBUAT PILIHAN KERANA PENGUNDI BUKANLAH ORANG POLITIK YANG PERLU TAAT KEPADA SESUATU PARTI.
BERHUBUNG DENGAN KES DI SELISING YANG MANA RAMAI PENGUNDI TIDAK BERPUAS HATI ATAS PELANTIKAN SAIFUL BAHRIN SEBAGAI CALON PAS. KEMENANGAN PAS DI SELISING DALAM PRU-12 ADALAH DISEBABKAN OLEH PENGUNDI YANG RAMAI MENGUNDI PAS KERANA BIMBANG AKAN KEJATUHAN PEMERINTAHAN ISLAM SETELAH HANYA MENTADBIR DENGAN KELEBIHAN SATU KERUSI PADA PRU-11. INI MENUNJUKKAN BAHAWA KEMENANGAN PAS ADALAH DISEBABKAN OLEH PENGUNDI YANG MENGUNDI PAS BUKANNYA KERANA SAIFUL BAHRIN. OLEH SEBAB ITU PEMIMPIN PAS SEPATUTNYA BERTERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI PAS SELISING. CARANYA ADALAH DENGAN MEMILIH CALON PILIHAN PENGUNDI BUKANNYA CALON PILIHAN PEMIMPIN KEMUDIAN MEMAKSA PENGUNDI MENYOKONGNYA. INI MENUNJUKKAN PEMIMPIN PAS MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS SOKONGAN PENGUNDI.
PARA PENGUNDI SEKALIAN, SEKIRANYA ANDA RASA TIDAK PUAS HATI DENGAN PEMILIHAN CALON INI ANDA BERHAK MENOLAKNYA. KUASA SEBENAR DI TANGAN PENGUNDI. INILAH PELUANG PENGUNDI UNTUK MENDIDIK PEMIMPIN KERANA TEGURAN SEBELUM INI MELALUI MULUT,  MESYUARAT, MEDIA DSB TIDAK DIENDAHKAN. KALI INI PENGUNDI BOLEH  MENDIDK PEMIMPIN DENGAN CARA TIDAK MENGUNDI CALON PILIHAN PEMIMPIN. PERBUATAN INI TIDAKLAH SALAH KERANA NIAT KITA ADALAH UNTUK MENDIDIK PEMIMPIN SUPAYA PEMIMPIN KITA SENTIASA BERINGAT BAHAWA HATI KITA SEBAGAI PENGUNDI HARUSLAH DIJAGA SERTA BAGI MEMBERSIHKAN SAF KEPIMPINAN PAS. KITA JUGA SEBENARNYA INGIN MENJAGA PARTI KITA SUPAYA TIDAK ROSAK DI KEMUDIAN HARI.
DENGAN TIDAK MENGUNDI CALON PILIHAN PEMIMPIN ADALAH MERUPAKAN CARA KITA MEMBERI TEGURAN KEPADA PEMIMPIN KITA YANG SEOLAH-OLAH MERASA MEREKA SUDAH KUAT DAN DAPAT BERBUAT SESUKA HATI DENGAN MENGATUR CALON SESAMA SENDIRI TANPA MENGIRA KEHENDAK PENGUNDI. SEKARANG KITA NAMPAK SEOLAH-OLAH PARA PEMIMPIN KITA SEDANG MENGATUR KEDUDUKAN KERANA MENJANGKA KEMENANGAN BESAR AKAN DIPEROLEHI. DENGAN TEGURAN YANG KITA BUAT INI AKAN MEMBERI SENTAKKAN BAGI MENYEDARKAN PEMIMPIN.
NIAT KITA BUKANLAH UNTUK MENJATUHKAN PERJUANGAN ISLAM TETAPI MENYEDARKAN PEMIMPIN SUPAYA TIDAK TERLALU MENGEJAR JAWATAN DAN KEDUDUKAN. OLEH SEBAB ITU HANYA DI DUN SELISING SAHAJA YANG PERLU KITA TOLAK CALON PILIHAN PEMIMPIN TETAPI DI PERINGKAT PARLIMEN KITA WAJIB MENGUNDI PAS KERANA HASRAT  KITA ADALAH UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN ZALIM YANG ADA SEKARANG.
PENGUNDI YANG DIMULIAKAN, SEHUBUNGAN DENGAN PERKARA DI ATAS, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMILIH CALON BEBAS UNTUK PRU-13 KALI INI. BEKORBANLAH DEMI KEBAIKAN PAS PADA MASA AKAN DATANG KERANA SEBENARNYA CALON BEBAS INI ADALAH CALON PAS PILIHAN PENGUNDI SELISING. CALON BEBAS INI SEBENARNYA DIRESTUI DI PERINGKAT PUSAT SEBAB ITULAH AHLINYA TIDAK DIPECAT. 

Friday, April 19, 2013

SELURUH PENYOKONG PAS KELANTAN MENOLAK SAIFUL BAHRIN

Seluruh penyokong PAS Kelantan menolak Saiful Bahrin sebagai salah seorang calon Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kenyataan di atas adalah benar berdasarkan situasi semasa pengumuman calon-calon PAS pada PRU13 kali ini. Setiap calon yang diumum namanya pada malam tersebut mendapat laungan takbir "Allahuakbar" daripada penyokong yang datang pada malam tersebut. Satu demi satu calon yang diumum mendapat sokongan daripada penyokong PAS tetapi apabila nama Saiful Bahrin diumumkan sebagai calon DUN Selising tidak ada satu orang pun daripada beribu-ribu orang yang hadir pada malam itu malaungkan takbir "Allahuakbar".

Keadaan yang terjadi pada malam tersebut jelas menunjukkan bukan saja penyokong PAS Selising menolak Saiful Bahrin malah seluruh rakyat negeri Kelantan. Semua penyokong PAS faham bahawa calon yang bermasalah dan terpalit dengan tuduhan zina ini akan merugikan PAS. Sama ada benar atau tidak isu tersebut sedikit sebanyak ia mencemarkan imej PAS yang berjuang menegakkan Islam. Bukan isu ini saja yang menyebabkan penyokong PAS menolak beliau tetapi sikapnya yang sombong, angkuh, tidak mesra dengan rakyat, dan banyak lagi menyebabkan penyokong PAS Selising menolak beliau.

Penyokong PAS Selising sudah tidak boleh menerima Saiful Bahrin bukan saja kerana sikapnya dan tiduhan zina yang beliau hadapi. Tetapi sekarang kerana sudah ada calon lain yang diharapkan oleh penyokong  yang mempunyai sikap yang lebih baik, berpendidikan agama dan akademik. Lain dengan dulu semasa Saiful Bahrin ditonjolkan PAS tidak ada tokoh yang ada seperti sekarang. Jadi penyokong mempersoalkan kenapa Saiful Bahrin masih dikekalkan sedangkan sudah tiga penggal beliau menjadi ADUN Selising tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh penduduk Selising.

Tuesday, April 16, 2013

GAMBAR SAIFUL BAHRIN TIDAK BOLEH DITONJOLKAN DALAM PRU13



Gambar calon PAS DUN Selising DRs Saiful Bahrin tak boleh ditonjolkan untuk menghadapi PRU13 memandangkan ramai penyokong PAS tidak menerimanya. Bagi mengurankan rasa tidak puas hati pengundi PAS Selising, eloklah gambar Saiful Bahrin tidak ditayang pada mana-mana iklan kempen parti nanti. Dengan berbuat demikian rasa marah pengundi atas pelantikan semula Saiful Bahrin dapat diredakan. Keadaan ini penting bagi menjamin kemenangan PAS dalam PRU-13 Mei nanti. Petugas-petugas PAS akan merasa mereka bekerja bukan untuk Saiful Bahrin tetapi untuk mempertahankan Islam dengan tiadanya gambar Saiful Bahrin begitu juga dengan pengundi.

Pelantikan semula Saiful Bahrin merupakan kekalahan awal penyokong PAS Selising yang sudah lama berharap agar wakil rakyat mereka diganti baru dengan orang yang lebih baik iaitu tidak ada  terpalit dengan mana-mana kes dengan kata lain calon yang bersih. Adakah PAS sudah ketandusan calon, tidak adakah calon yang lebih berpandidikan dan beragama untuk diketengahkan. Seandainya benar Saiful Bahrin kekal di Selising apakah perubahan yang akan dibawa? Pada pandangan saya jika Saiful Bahrin masih kekal, PAS Selising hanya macam itu sahajalah tidak ada apa-apa perubahan dan pembaharuan.

Saturday, April 6, 2013

TOK GURU NIK AZIZ PERLU BALAS BUDI PENGUNDI DUN SELISING

YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu membalas budi pengundi PAS Selising dengan melantik bakal calon bagi PRU-13 mengikut kehendak pengundi. Pengumuman yang dibuat oleh Nik Aziz baru-baru ini untuk melantik semula YB Saiful Bahrin sebagai calon PAS Selising menimbulkan kemarahan pengundi. Pengundi Selising menolak Saiful Bahrin bukanlah disebabkan isu tuduhan zina tetapi sikap Saiful Bahrin sendiri yang tidak mesra pengundi dak tidak turun padang. Orang PAS memang tidak terpengaruh dengan dakwaan UMNO/BN bahawa Saiful Bahrin terlibat dengan kes zina, jadi tak perlulah Tok Guru melantik semula beliau sekadar untuk membersihkan namanya. Sebagaimana Surah An-Nur, Nabi Muhammad sendiri tidak berani menyatakan isterinya Aisyah tidak bersalah sehinggalah turunya wahyu yang mengatakan isteri baginda tidak bersalah. Jadi dalam hal ini jika Tok Guru tetap mahukan Saiful Bahrin beliau tidak layak untuk mengatakan Saiful Bahrin tidak bersalah. Apa yang dipesan dalam Surah An-Nur ialah tidak boleh membesarkan isu zina atau seumpamanya yang boleh mengaibkan seseorang kerana siksanya amat pedih bagi orang berbuat demikian.
Apa yang ingin diperkatakan mengenai Tok Guru perlu membalas jasa pengundi Selising ialah dengan memberi pilihan kepada pengundi untuk menjadi calon mereka melalui pemilihan di peringkat cawangan atau kawasan. Apa yang terjadi ialah pucuk pimpinan yang melantik calon  kemudian memaksa pengundi untuk menyokongnya dengan alasan untuk menegakkan Islam. Memang betul perjuangan PAS untuk menegakkan Islam dan rakyat perlu menyokongnya. Namun demikian apa salahnya melantik calon pilihan rakyat. Apatah lagi Saiful Bahrin bukanlah berpendidikan agama, beliau bersekolah di SMK Bukit Jawa dan melanjutkan pelajaran di Indonesia.
Sudah tiga penggal Saiful Bahrin menjadi calon Selising, rakyat sudah muak dan loya bila mendengar namanya. Berapa patah ayat Al-Quran dan berapa potong hadis yang Saiful Bahrin ingat, jadi bagaimana nak mengembangkan Islam. Sudah tidak adakah calon lain yang layak, yang disegani, yang berpendidikan dan yang paling penting berpendidikan agama untuk dilantik menjadi calon PAS Selising selaras dengan perjuangan PAS untuk menegakkan Islam sehingga masih mahu melantik calon yang terpalit dengan kes tuduhan zina. Bak kata bukan pepatah " Sejauh mana bagusnya peraturan jalan raya tetapi pemandu tidak mematuhi peraturan tidak ada gunanya ". Begitulah halnya dengan PAS, sejauh mana baiknya perjuangan PAS tetapi jika pemimpinnya tidak baik maka tidak ada maknanya. Oleh itu pilihlah calon yang betul-betul layak.
Hargailah pengundi kerana pengundi Selising sudah lama rasa malu dengan tuduhan yang dilemparkan ke atas wakil rakyat mereka. Carilah dan lantiklah calon yang boleh membangakan pengundi yang tidak ada kes untuk dimanipulasi oleh musuh.

Friday, April 5, 2013

STADIUM BUKIT MERBAU BAKAL TERBENGKALAI JIKA SAIFUL BAHRIN JADI YB SELISING



Besar kemungkinan stadium yang diidam-idamkan iaitu Stadium Bukit Merbau terbengkalai jika Saiful Bahrin diberi mandat lagi sebagai YB Selising. Kenyataan tersebut adalah berdasarkan pengalaman sebelum ini iaitu janji untuk membina semula Maahad Tahfiz Tualang Tinggi yang terbakar pada 22 Oktober 2007. Pada pilihanraya umum yang ke-12  tahun 2008 lepas YAB Tok Guru Nik Aziz telah datang ke Tualang Tinggi untuk membuat pecah tanah bagi pembinaan semula maahad tahfiz yang terbakar, namun sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa yang kelihatan pada tapak tersebut malainkan hutan yang semakin meninggi. Keadaan yang demikian terjadi kerana tidak ada tindakan susulan daripada YB Saiful Bahrin sehinggalah tiba pula pilihanraya umum ke-13. Kejadian ini jelas menunjukkan kegagalan Saiful Bahrin menerajui kepimpinann PAS Selising.
Mungkin keadaan yang sedemikian juga terjadi pada stadium Bukit Merbau. Apa yang dibuat oleh Saiful Bahrin sepanjang perkhidmatannya menjadi adun Selising selama tiga penggal. Oleh hal yang demikian pengundi-pengundi Selising menolak sama sekali pelantikan semula Saiful Bahrin sebagai calon YB Selising bagi PRU-13.
Gambar MaahadTahfiz Tualang Tinggi yang terbakar. Cerita lanjut di http://asubja.wordpress.com/category/foto/kebakaran-maahad-tahfiz/

Tuesday, April 2, 2013

PARLIMEN BUBAR

Parlimen bubar hari ini 
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Beliau mengumumkan pembubaran itu menerusi siaran langsung khas semua stesen televisyen di seluruh negara. - Foto TV3

PENGUNDI SELISING TOLAK SAIFUL BAHRIN

Rata-rata pengundi DUN Selising menolak pelantikan semula ADUN Selising YB Drs Saiful Bahrin sebagai calon DUN Selising bagi PRU-13 oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Pengumuman tersebut talah dibuat baru-baru ini semasa majlis pecah tanah Stadium Bukit Merbau bertujuan untuk membersihkan nama Saiful Bahrin daripada tuduhan zina. Para penyokong PAS Selising tidak dapat menerima kenyataan tersebut, bagi mereka sekiranya nama baik Saiful Bahrin hendak dibersihkan ia sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Biarlah mahkamah yang menentukan siapa bersalah siapa tidak. Adakah Tok Guru layak untuk mempastikan Saiful Bahrin tidak bersalah?

Pengundi DUN Selising sebenarnya rasa malu dan hina ber ADUNkan orang seperti Saiful walaupun kesalahannya tidak disahkan. Bagi mereka mengapa harus orang seperti ini dikekalkan, apakah jasanya begitu besar kepada PAS sehingga mesti dilantik semula. Bagi PAS Selising sendiri sebenarnya begitu susah untuk menjaga maruah PAS yang memperjuangkan Islam sedangkan pemimpinya dipalit tuduhan zina.

Apakah PAS sudah ketandusan pemimpin sehingga masih mempertahankan Saiful Bahrin, di mana sebenarnya perjuangan PAS untuk menegakkan Islam. Mangapa Saiful mesti dilantik semula sedangkan beliau bukanlah berpendidikan agama (bukan ustaz). Adakah tiada calon lain yang lebih layak dan tahu agama untuk dilantik bagi menegakkan Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat.

Sebenarnya bukan kes zina sahaja yang menjadikan pengundi DUN Selising tidak mahukan Saiful Bahrin tetapi banyak lagi kes lain selain sikapnya sendiri yang tidak mesra dengan pengundi. Oleh hal yang demikian pengundu DUN Selising memohon agar Tok Guru menilai semula apa yang diumumkan di Bukit Merbau tempoh hari.