https://goo.gl/forms/6UA6rQJfndFXJujj2
Sila klik link di atas. Tq.
Wednesday, November 15, 2017
Wednesday, May 1, 2013
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI
“Mencegah Lebih Baik Daripada
Mengubati” Merupakan peribahasa yang selalu kita dengar. Peribahasa ini
menyarankan agar kita sentiasa berhati-hati sebelum berlaku kerosakan,
kemusnahan, kehancuran dan dihinggapi penyakit. Setiap penyakit ada penyebabnya
begitu juga dengan kemusnahan ada puncanya. Oleh sebab itulah kita perlu
mencegah daripada berlakunya kerosakan atau dihinggapi penyakit, kerana apabila
musnah dan berpenyakit adalah lebih susah untuk dipulihkan.
Oleh hal yang demikian kita
perlulah sentiasa berhati-hati apabila membuat sesuatu tindakan atau bercakap.
Sekiranya tindakan dan kata-kata kita silap ia akan member kesan yang amat
buruk. Hal ini dapat dilihat apabila pemimpin PAS Kelantan mencalonkan semula
Saiful Bahrin sebagai calon PAS DUN Selising. Pencalonan semula Saiful Bahrin
menyebabkan ramai penyokong PAS Selising bangkit mempertikaikan pencalonan
tersebut sehingga akhirnya menyaksikan muncul calon BEBAS untuk mencabar PAS.
Keadaan demikian sepatutnya tidak
boleh berlaku kerana ia hanya merugikan PAS. Bukankah pemimpin PAS sedar bahawa
dalam demokrasi seseorang wakil rakyat dilantik berdasarkan sokongan yang ramai
dalam pilihanraya. Jadi, jika ramai penyokong PAS yang tidak mahu Saiful Bahrin
mengapa PAS masih mencalonkan beliau sebagai calon PAS Selising. Perkara ini
bukannya tidak disedari oleh pemimpin PAS tetapi atas alasan yang tidak begitu
munasabah iaitu hanya untuk menempelak pihak UMNO/BN yang menuduh Saiful Bahrin
terlibat dengan kes zina. Dengan pencalonan semula ini bermakna PAS tidak
terpengaruh dengan tiduhan liar tersebut.
Masalah yang timbul sekarang ialah
pihak jentera PAS Selising terpaksa berkerja lebih kuat untuk memulihkan
keadaan bagi membendung rasa tidak puas hati
penyokong. Jentera PAS Selising yang sepatutnya berkempen untuk menarik
seramai mungkin penyokong untuk menyokong PAS tetapi sekarang terpaksa pula
bekerja untuk memujuk penyokong sendiri supaya tidak lari. Sekarang ini
penyakit sudah merebak maka susahlah untuk dipulihkan. Sebab itulah pemimpin
PAS sepatutnya berfikir supaya tidak ada penyakit yang timbul bukannya
membiarkan penyakit timbul barulah nak mengubatinya.
Jadi bukan salah penyokong jika PAS
kalah dalam PRU-13 di Selising. Ia sebenarnya berpunca daripada kecuaian pemimpin
PAS sendiri terlalu memandang mudah dalam soal ini. Apatah lagi calon BEBAS
sebenarnya adalah calon PAS yang dilantik oleh pengundi. Memilih calon BEBAS di
Selising sebenarnya adalah memilih calon PAS juga cuma ia bertanding atas nama
BEBAS kerana tidak boleh dua orang wakil calon bertanding atas tiket yang sama.
Oleh sebab itu, kita mesti memilih calon BEBAS kerana calon yang dilantik
adalah calon pilihan pengundi Selising sendiri.
Sunday, April 28, 2013
5 MEI MASA UNTUK MENDIDIK PEMIMPIN
ASSALAMUALAIKUM WBT, PARA PENGUNDI YANG DIKASIHI. LUANGKANLAH SEDIKIT
MASA UNTUK MEMBACA RISALAH INI SAMPAI HABIS SEBELUM MEMBUANGNYA. SEBAGAIMANA
YANG KITA SEMUA TAHU BAHAWA 5 MEI INI
MERUPAKAN TARIKH PRU-13. INILAH MASA YANG PALING SESUAI UNTUK PENGUNDI
MEMBUAT PILIHAN, MENYAMPAIKAN HASRAT DAN MENDIDIK PEMIMPIN. KITA SEBAGAI PENGUNDI ADALAH BEBAS
MEMBUAT PILIHAN KERANA PENGUNDI BUKANLAH ORANG POLITIK YANG PERLU TAAT KEPADA
SESUATU PARTI.
BERHUBUNG DENGAN KES DI SELISING YANG MANA RAMAI PENGUNDI TIDAK BERPUAS HATI ATAS
PELANTIKAN SAIFUL BAHRIN SEBAGAI
CALON PAS. KEMENANGAN PAS DI SELISING DALAM PRU-12 ADALAH DISEBABKAN OLEH
PENGUNDI YANG RAMAI MENGUNDI PAS KERANA BIMBANG
AKAN KEJATUHAN PEMERINTAHAN ISLAM SETELAH HANYA MENTADBIR DENGAN KELEBIHAN SATU KERUSI PADA PRU-11. INI
MENUNJUKKAN BAHAWA KEMENANGAN PAS ADALAH DISEBABKAN OLEH PENGUNDI YANG MENGUNDI
PAS BUKANNYA KERANA SAIFUL BAHRIN. OLEH
SEBAB ITU PEMIMPIN PAS SEPATUTNYA BERTERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI PAS SELISING.
CARANYA ADALAH DENGAN MEMILIH CALON
PILIHAN PENGUNDI BUKANNYA CALON PILIHAN PEMIMPIN KEMUDIAN MEMAKSA PENGUNDI
MENYOKONGNYA. INI MENUNJUKKAN PEMIMPIN
PAS MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS SOKONGAN PENGUNDI.
PARA PENGUNDI SEKALIAN, SEKIRANYA
ANDA RASA TIDAK PUAS HATI DENGAN PEMILIHAN CALON INI ANDA BERHAK MENOLAKNYA. KUASA SEBENAR DI TANGAN PENGUNDI. INILAH PELUANG PENGUNDI UNTUK MENDIDIK PEMIMPIN
KERANA TEGURAN SEBELUM INI MELALUI MULUT,
MESYUARAT, MEDIA DSB TIDAK DIENDAHKAN. KALI INI PENGUNDI BOLEH MENDIDK PEMIMPIN DENGAN CARA TIDAK MENGUNDI CALON PILIHAN PEMIMPIN.
PERBUATAN INI TIDAKLAH SALAH KERANA NIAT
KITA ADALAH UNTUK MENDIDIK PEMIMPIN SUPAYA PEMIMPIN KITA SENTIASA BERINGAT
BAHAWA HATI KITA SEBAGAI PENGUNDI
HARUSLAH DIJAGA SERTA BAGI MEMBERSIHKAN SAF KEPIMPINAN PAS. KITA JUGA
SEBENARNYA INGIN MENJAGA PARTI KITA SUPAYA
TIDAK ROSAK DI KEMUDIAN HARI.
DENGAN TIDAK MENGUNDI CALON PILIHAN
PEMIMPIN ADALAH MERUPAKAN CARA KITA MEMBERI
TEGURAN KEPADA PEMIMPIN KITA YANG SEOLAH-OLAH MERASA MEREKA SUDAH KUAT DAN
DAPAT BERBUAT SESUKA HATI DENGAN MENGATUR
CALON SESAMA SENDIRI TANPA MENGIRA KEHENDAK PENGUNDI. SEKARANG KITA NAMPAK
SEOLAH-OLAH PARA PEMIMPIN KITA SEDANG MENGATUR KEDUDUKAN KERANA MENJANGKA
KEMENANGAN BESAR AKAN DIPEROLEHI. DENGAN TEGURAN YANG KITA BUAT INI AKAN MEMBERI SENTAKKAN BAGI MENYEDARKAN PEMIMPIN.
NIAT KITA BUKANLAH UNTUK MENJATUHKAN PERJUANGAN ISLAM TETAPI
MENYEDARKAN PEMIMPIN SUPAYA TIDAK TERLALU MENGEJAR JAWATAN DAN KEDUDUKAN. OLEH
SEBAB ITU HANYA DI DUN SELISING SAHAJA
YANG PERLU KITA TOLAK CALON PILIHAN PEMIMPIN TETAPI DI PERINGKAT PARLIMEN KITA WAJIB MENGUNDI PAS KERANA HASRAT KITA ADALAH UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN ZALIM YANG ADA SEKARANG.
PENGUNDI YANG DIMULIAKAN,
SEHUBUNGAN DENGAN PERKARA DI ATAS, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMILIH CALON BEBAS UNTUK PRU-13 KALI INI. BEKORBANLAH DEMI
KEBAIKAN PAS PADA MASA AKAN DATANG KERANA SEBENARNYA CALON BEBAS INI ADALAH CALON PAS PILIHAN PENGUNDI SELISING. CALON
BEBAS INI SEBENARNYA DIRESTUI DI
PERINGKAT PUSAT SEBAB ITULAH AHLINYA TIDAK DIPECAT.
Friday, April 19, 2013
SELURUH PENYOKONG PAS KELANTAN MENOLAK SAIFUL BAHRIN
Seluruh penyokong PAS Kelantan menolak Saiful Bahrin sebagai salah seorang calon Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kenyataan di atas adalah benar berdasarkan situasi semasa pengumuman calon-calon PAS pada PRU13 kali ini. Setiap calon yang diumum namanya pada malam tersebut mendapat laungan takbir "Allahuakbar" daripada penyokong yang datang pada malam tersebut. Satu demi satu calon yang diumum mendapat sokongan daripada penyokong PAS tetapi apabila nama Saiful Bahrin diumumkan sebagai calon DUN Selising tidak ada satu orang pun daripada beribu-ribu orang yang hadir pada malam itu malaungkan takbir "Allahuakbar".
Keadaan yang terjadi pada malam tersebut jelas menunjukkan bukan saja penyokong PAS Selising menolak Saiful Bahrin malah seluruh rakyat negeri Kelantan. Semua penyokong PAS faham bahawa calon yang bermasalah dan terpalit dengan tuduhan zina ini akan merugikan PAS. Sama ada benar atau tidak isu tersebut sedikit sebanyak ia mencemarkan imej PAS yang berjuang menegakkan Islam. Bukan isu ini saja yang menyebabkan penyokong PAS menolak beliau tetapi sikapnya yang sombong, angkuh, tidak mesra dengan rakyat, dan banyak lagi menyebabkan penyokong PAS Selising menolak beliau.
Penyokong PAS Selising sudah tidak boleh menerima Saiful Bahrin bukan saja kerana sikapnya dan tiduhan zina yang beliau hadapi. Tetapi sekarang kerana sudah ada calon lain yang diharapkan oleh penyokong yang mempunyai sikap yang lebih baik, berpendidikan agama dan akademik. Lain dengan dulu semasa Saiful Bahrin ditonjolkan PAS tidak ada tokoh yang ada seperti sekarang. Jadi penyokong mempersoalkan kenapa Saiful Bahrin masih dikekalkan sedangkan sudah tiga penggal beliau menjadi ADUN Selising tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh penduduk Selising.

Tuesday, April 16, 2013
GAMBAR SAIFUL BAHRIN TIDAK BOLEH DITONJOLKAN DALAM PRU13
Gambar calon PAS DUN Selising DRs Saiful Bahrin tak boleh
ditonjolkan untuk menghadapi PRU13 memandangkan ramai penyokong PAS tidak
menerimanya. Bagi mengurankan rasa tidak puas hati pengundi PAS Selising,
eloklah gambar Saiful Bahrin tidak ditayang pada mana-mana iklan kempen parti
nanti. Dengan berbuat demikian rasa marah pengundi atas pelantikan semula
Saiful Bahrin dapat diredakan. Keadaan ini penting bagi menjamin kemenangan PAS
dalam PRU-13 Mei nanti. Petugas-petugas PAS akan merasa mereka bekerja bukan
untuk Saiful Bahrin tetapi untuk mempertahankan Islam dengan tiadanya gambar
Saiful Bahrin begitu juga dengan pengundi.
Pelantikan semula Saiful Bahrin merupakan kekalahan awal
penyokong PAS Selising yang sudah lama berharap agar wakil rakyat mereka
diganti baru dengan orang yang lebih baik iaitu tidak ada terpalit dengan mana-mana kes dengan kata lain
calon yang bersih. Adakah PAS sudah ketandusan calon, tidak adakah calon yang
lebih berpandidikan dan beragama untuk diketengahkan. Seandainya benar Saiful
Bahrin kekal di Selising apakah perubahan yang akan dibawa? Pada pandangan saya
jika Saiful Bahrin masih kekal, PAS Selising hanya macam itu sahajalah tidak
ada apa-apa perubahan dan pembaharuan.
Saturday, April 6, 2013
TOK GURU NIK AZIZ PERLU BALAS BUDI PENGUNDI DUN SELISING
YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu membalas budi pengundi PAS Selising dengan melantik bakal calon bagi PRU-13 mengikut kehendak pengundi. Pengumuman yang dibuat oleh Nik Aziz baru-baru ini untuk melantik semula YB Saiful Bahrin sebagai calon PAS Selising menimbulkan kemarahan pengundi. Pengundi Selising menolak Saiful Bahrin bukanlah disebabkan isu tuduhan zina tetapi sikap Saiful Bahrin sendiri yang tidak mesra pengundi dak tidak turun padang. Orang PAS memang tidak terpengaruh dengan dakwaan UMNO/BN bahawa Saiful Bahrin terlibat dengan kes zina, jadi tak perlulah Tok Guru melantik semula beliau sekadar untuk membersihkan namanya. Sebagaimana Surah An-Nur, Nabi Muhammad sendiri tidak berani menyatakan isterinya Aisyah tidak bersalah sehinggalah turunya wahyu yang mengatakan isteri baginda tidak bersalah. Jadi dalam hal ini jika Tok Guru tetap mahukan Saiful Bahrin beliau tidak layak untuk mengatakan Saiful Bahrin tidak bersalah. Apa yang dipesan dalam Surah An-Nur ialah tidak boleh membesarkan isu zina atau seumpamanya yang boleh mengaibkan seseorang kerana siksanya amat pedih bagi orang berbuat demikian.
Apa yang ingin diperkatakan mengenai Tok Guru perlu membalas jasa pengundi Selising ialah dengan memberi pilihan kepada pengundi untuk menjadi calon mereka melalui pemilihan di peringkat cawangan atau kawasan. Apa yang terjadi ialah pucuk pimpinan yang melantik calon kemudian memaksa pengundi untuk menyokongnya dengan alasan untuk menegakkan Islam. Memang betul perjuangan PAS untuk menegakkan Islam dan rakyat perlu menyokongnya. Namun demikian apa salahnya melantik calon pilihan rakyat. Apatah lagi Saiful Bahrin bukanlah berpendidikan agama, beliau bersekolah di SMK Bukit Jawa dan melanjutkan pelajaran di Indonesia.
Sudah tiga penggal Saiful Bahrin menjadi calon Selising, rakyat sudah muak dan loya bila mendengar namanya. Berapa patah ayat Al-Quran dan berapa potong hadis yang Saiful Bahrin ingat, jadi bagaimana nak mengembangkan Islam. Sudah tidak adakah calon lain yang layak, yang disegani, yang berpendidikan dan yang paling penting berpendidikan agama untuk dilantik menjadi calon PAS Selising selaras dengan perjuangan PAS untuk menegakkan Islam sehingga masih mahu melantik calon yang terpalit dengan kes tuduhan zina. Bak kata bukan pepatah " Sejauh mana bagusnya peraturan jalan raya tetapi pemandu tidak mematuhi peraturan tidak ada gunanya ". Begitulah halnya dengan PAS, sejauh mana baiknya perjuangan PAS tetapi jika pemimpinnya tidak baik maka tidak ada maknanya. Oleh itu pilihlah calon yang betul-betul layak.
Hargailah pengundi kerana pengundi Selising sudah lama rasa malu dengan tuduhan yang dilemparkan ke atas wakil rakyat mereka. Carilah dan lantiklah calon yang boleh membangakan pengundi yang tidak ada kes untuk dimanipulasi oleh musuh.

Friday, April 5, 2013
STADIUM BUKIT MERBAU BAKAL TERBENGKALAI JIKA SAIFUL BAHRIN JADI YB SELISING
Besar kemungkinan stadium yang diidam-idamkan iaitu Stadium Bukit Merbau terbengkalai jika Saiful Bahrin diberi mandat lagi sebagai YB Selising. Kenyataan tersebut adalah berdasarkan pengalaman sebelum ini iaitu janji untuk membina semula Maahad Tahfiz Tualang Tinggi yang terbakar pada 22 Oktober 2007. Pada pilihanraya umum yang ke-12 tahun 2008 lepas YAB Tok Guru Nik Aziz telah datang ke Tualang Tinggi untuk membuat pecah tanah bagi pembinaan semula maahad tahfiz yang terbakar, namun sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa yang kelihatan pada tapak tersebut malainkan hutan yang semakin meninggi. Keadaan yang demikian terjadi kerana tidak ada tindakan susulan daripada YB Saiful Bahrin sehinggalah tiba pula pilihanraya umum ke-13. Kejadian ini jelas menunjukkan kegagalan Saiful Bahrin menerajui kepimpinann PAS Selising.
Mungkin keadaan yang sedemikian juga terjadi pada stadium Bukit Merbau. Apa yang dibuat oleh Saiful Bahrin sepanjang perkhidmatannya menjadi adun Selising selama tiga penggal. Oleh hal yang demikian pengundi-pengundi Selising menolak sama sekali pelantikan semula Saiful Bahrin sebagai calon YB Selising bagi PRU-13.
Gambar MaahadTahfiz Tualang Tinggi yang terbakar. Cerita lanjut di http://asubja.wordpress.com/category/foto/kebakaran-maahad-tahfiz/
Subscribe to:
Posts (Atom)