Wednesday, May 1, 2013

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI



“Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati” Merupakan peribahasa yang selalu kita dengar. Peribahasa ini menyarankan agar kita sentiasa berhati-hati sebelum berlaku kerosakan, kemusnahan, kehancuran dan dihinggapi penyakit. Setiap penyakit ada penyebabnya begitu juga dengan kemusnahan ada puncanya. Oleh sebab itulah kita perlu mencegah daripada berlakunya kerosakan atau dihinggapi penyakit, kerana apabila musnah dan berpenyakit adalah lebih susah untuk dipulihkan.
 
Oleh hal yang demikian kita perlulah sentiasa berhati-hati apabila membuat sesuatu tindakan atau bercakap. Sekiranya tindakan dan kata-kata kita silap ia akan member kesan yang amat buruk. Hal ini dapat dilihat apabila pemimpin PAS Kelantan mencalonkan semula Saiful Bahrin sebagai calon PAS DUN Selising. Pencalonan semula Saiful Bahrin menyebabkan ramai penyokong PAS Selising bangkit mempertikaikan pencalonan tersebut sehingga akhirnya menyaksikan muncul calon BEBAS untuk mencabar PAS.

Keadaan demikian sepatutnya tidak boleh berlaku kerana ia hanya merugikan PAS. Bukankah pemimpin PAS sedar bahawa dalam demokrasi seseorang wakil rakyat dilantik berdasarkan sokongan yang ramai dalam pilihanraya. Jadi, jika ramai penyokong PAS yang tidak mahu Saiful Bahrin mengapa PAS masih mencalonkan beliau sebagai calon PAS Selising. Perkara ini bukannya tidak disedari oleh pemimpin PAS tetapi atas alasan yang tidak begitu munasabah iaitu hanya untuk menempelak pihak UMNO/BN yang menuduh Saiful Bahrin terlibat dengan kes zina. Dengan pencalonan semula ini bermakna PAS tidak terpengaruh dengan tiduhan liar tersebut.

Masalah yang timbul sekarang ialah pihak jentera PAS Selising terpaksa berkerja lebih kuat untuk memulihkan keadaan bagi membendung rasa tidak puas hati  penyokong. Jentera PAS Selising yang sepatutnya berkempen untuk menarik seramai mungkin penyokong untuk menyokong PAS tetapi sekarang terpaksa pula bekerja untuk memujuk penyokong sendiri supaya tidak lari. Sekarang ini penyakit sudah merebak maka susahlah untuk dipulihkan. Sebab itulah pemimpin PAS sepatutnya berfikir supaya tidak ada penyakit yang timbul bukannya membiarkan penyakit timbul barulah nak mengubatinya.

Jadi bukan salah penyokong jika PAS kalah dalam PRU-13 di Selising. Ia sebenarnya berpunca daripada kecuaian pemimpin PAS sendiri terlalu memandang mudah dalam soal ini. Apatah lagi calon BEBAS sebenarnya adalah calon PAS yang dilantik oleh pengundi. Memilih calon BEBAS di Selising sebenarnya adalah memilih calon PAS juga cuma ia bertanding atas nama BEBAS kerana tidak boleh dua orang wakil calon bertanding atas tiket yang sama. Oleh sebab itu, kita mesti memilih calon BEBAS kerana calon yang dilantik adalah calon pilihan pengundi Selising sendiri.

No comments:

Post a Comment