“Mencegah Lebih Baik Daripada
Mengubati” Merupakan peribahasa yang selalu kita dengar. Peribahasa ini
menyarankan agar kita sentiasa berhati-hati sebelum berlaku kerosakan,
kemusnahan, kehancuran dan dihinggapi penyakit. Setiap penyakit ada penyebabnya
begitu juga dengan kemusnahan ada puncanya. Oleh sebab itulah kita perlu
mencegah daripada berlakunya kerosakan atau dihinggapi penyakit, kerana apabila
musnah dan berpenyakit adalah lebih susah untuk dipulihkan.
Oleh hal yang demikian kita
perlulah sentiasa berhati-hati apabila membuat sesuatu tindakan atau bercakap.
Sekiranya tindakan dan kata-kata kita silap ia akan member kesan yang amat
buruk. Hal ini dapat dilihat apabila pemimpin PAS Kelantan mencalonkan semula
Saiful Bahrin sebagai calon PAS DUN Selising. Pencalonan semula Saiful Bahrin
menyebabkan ramai penyokong PAS Selising bangkit mempertikaikan pencalonan
tersebut sehingga akhirnya menyaksikan muncul calon BEBAS untuk mencabar PAS.
Keadaan demikian sepatutnya tidak
boleh berlaku kerana ia hanya merugikan PAS. Bukankah pemimpin PAS sedar bahawa
dalam demokrasi seseorang wakil rakyat dilantik berdasarkan sokongan yang ramai
dalam pilihanraya. Jadi, jika ramai penyokong PAS yang tidak mahu Saiful Bahrin
mengapa PAS masih mencalonkan beliau sebagai calon PAS Selising. Perkara ini
bukannya tidak disedari oleh pemimpin PAS tetapi atas alasan yang tidak begitu
munasabah iaitu hanya untuk menempelak pihak UMNO/BN yang menuduh Saiful Bahrin
terlibat dengan kes zina. Dengan pencalonan semula ini bermakna PAS tidak
terpengaruh dengan tiduhan liar tersebut.
Masalah yang timbul sekarang ialah
pihak jentera PAS Selising terpaksa berkerja lebih kuat untuk memulihkan
keadaan bagi membendung rasa tidak puas hati
penyokong. Jentera PAS Selising yang sepatutnya berkempen untuk menarik
seramai mungkin penyokong untuk menyokong PAS tetapi sekarang terpaksa pula
bekerja untuk memujuk penyokong sendiri supaya tidak lari. Sekarang ini
penyakit sudah merebak maka susahlah untuk dipulihkan. Sebab itulah pemimpin
PAS sepatutnya berfikir supaya tidak ada penyakit yang timbul bukannya
membiarkan penyakit timbul barulah nak mengubatinya.
Jadi bukan salah penyokong jika PAS
kalah dalam PRU-13 di Selising. Ia sebenarnya berpunca daripada kecuaian pemimpin
PAS sendiri terlalu memandang mudah dalam soal ini. Apatah lagi calon BEBAS
sebenarnya adalah calon PAS yang dilantik oleh pengundi. Memilih calon BEBAS di
Selising sebenarnya adalah memilih calon PAS juga cuma ia bertanding atas nama
BEBAS kerana tidak boleh dua orang wakil calon bertanding atas tiket yang sama.
Oleh sebab itu, kita mesti memilih calon BEBAS kerana calon yang dilantik
adalah calon pilihan pengundi Selising sendiri.