Sunday, December 19, 2010

SALURAN ADUAN UMUM UNTUK SEMUA

Blog ADUN SELISING bukanlah mewakili ADUN SELISING iaitu YB Drs Saiful sebaliknya merupakan satu saluran untuk ahli DUN Selising untuk menyampaikan hasrat, permintaan, ucapan terima kasih, bantahan, laporan, perasaan tak puas hati dan sebagainya terhadap YB Drs Saiful supaya apa yang hendak diluahkan dapat disampaikan kepada YB. Blog ini merupakan satu media yang akan menyampaikan hasrat rakyat di DUN Selising kepada YB mereka. Jika sebelum ini rakyat di DUN Selising tidak dapat menyatakan hasrat mereka kerana kerenah YB atau orang-orangnya maka dengan adanya blog ini diharap akan menjadi penyampai perasaan rakyat terhadap YB. Sesiapa saja boleh menyatakan hasrat mereka tampa perlu berjumpa dengan YB sendiri sebaliknya melalui emai yang dihantar ke adunselising@gmail.com . Selain aduan, ahli DUN juga boleh menghantar berita aktiviti setempat seperti ceramah, usrah, sambutan asura, majlis tertentu dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment