Sunday, December 19, 2010
SALURAN ADUAN UMUM UNTUK SEMUA
Blog ADUN SELISING bukanlah mewakili ADUN SELISING iaitu YB Drs Saiful sebaliknya merupakan satu saluran untuk ahli DUN Selising untuk menyampaikan hasrat, permintaan, ucapan terima kasih, bantahan, laporan, perasaan tak puas hati dan sebagainya terhadap YB Drs Saiful supaya apa yang hendak diluahkan dapat disampaikan kepada YB. Blog ini merupakan satu media yang akan menyampaikan hasrat rakyat di DUN Selising kepada YB mereka. Jika sebelum ini rakyat di DUN Selising tidak dapat menyatakan hasrat mereka kerana kerenah YB atau orang-orangnya maka dengan adanya blog ini diharap akan menjadi penyampai perasaan rakyat terhadap YB. Sesiapa saja boleh menyatakan hasrat mereka tampa perlu berjumpa dengan YB sendiri sebaliknya melalui emai yang dihantar ke adunselising@gmail.com . Selain aduan, ahli DUN juga boleh menghantar berita aktiviti setempat seperti ceramah, usrah, sambutan asura, majlis tertentu dan sebagainya.
Saturday, December 11, 2010
SELAMAT DATANG
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi blog Adun Selising. Blog Adun Selising adalah sebuah blog yang akan menbicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan ADUN Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Sesiapa sahaja diseru untuk sama-sama menyampaikan maklumat yang berkaitan Adun Selising yang berlaku di tempat anda. Blog ini juga akan diguna untuk menyampaikan hasrat masyarakat di tempat anda, teguran, rasa tak puas hati, harapan, cadangan, penyelewengan, ucapan terima kasih dan sebagainya. Segala aduan anda bolehlah dihantar ke email adunselising@gmail.com. Setiap email yang dihantar hendaklah disertakan dengan nama sebenar, nama samaran (untuk disiarkan) no kp dan alamat. Pihak bloger tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuduhan, fitnah, adu domba dan sebagainya yang dihantar. Pihak bloger juga berhak untuk mengubah, mengedit, memilih dan menyiarkan setiap emai yang dihantar.
Subscribe to:
Posts (Atom)